salamualaik..
Friday, 28 January 2011
:: Demi Masa
salamualaik..
Monday, 24 January 2011
:: jadi habit?
ni la pemandangan dr tgkap umah ana, hihii hebat x? nmpak sgt menipu.. hr ni nk share satu citer... ana ni seorg yg suke brjalan2, sane sini ana n kwn2 roun2... pastu biasala, klu brjalan mestila rase nk wat hajat, x kisah la kecik ke besar ke.. jd berkunjungla ana ke mr TOI... hehhehe, pastu ana terkejut sbb ana jumpa ini:
مَنْ حَدَّثَكُم أنَّ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيه وَسَلَّم كَانَ يَبُوْلُ قَائِماً، فَلاَ تُصدِّقوه، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلاَّ قَائِداً
Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi s.a.w. pernah kencing berdiri, maka janganlah membenarkannya, baginda s.a.w. tidak pernah kencing melainkan dalam keadaan duduk. (al-Nasa’ie, disahihkan oleh al-Albani).
malah ad riwayat mengatakn bahawa siapa yg kencing berdiri, beliau akn menyembuhkan kaki syaitan yg luka akibat panahan... nmpak x? klu seseorg tu kencing berdiri maka dia menolong syaitan durjana itu.. huhuuu
tp sekrg byk da ana jumpa dlm tndas perempuan.. huhuhuuu lg problem klu arkitek tu o kontraktor tu org islam tp still wat benda ini, seolah2 menggalakkn org lain menggunkn tndas sedmikian rupa... huhuu
tp ad satu perkara yg ana trfikir2.. bleh ke perempuan kencing berdiri? mksud ana sifat fizikal "tut" kn berlainan, x ke nti menjejes kt kain o sluar yg dipakai tu nti? ish kompius tol...
Thursday, 20 January 2011
saladin..
Sunday, 16 January 2011
di singgah oleh....
hahhaaa... da nmpak hint? yee.. kat sinila ana keje wk2 cuti sem hari tu... ooppsss, sebelahnye :-)
Thursday, 6 January 2011
:: perkongsian hati ::
melangkah setapak kehadapan dari hari ke hari... meniti hidup di ruang sempit bernama dunia.. adakah masih ad ruang utk ku merapati yg Maha Esa... baru2 ni ana tlah melakukan perkara lagho yg sgt besar... sbenarnye bleh je ana tolak pelawaan itu.. tp x smpi hati ats name kawan.. hrmm maseh lemah diri ini... akibatnye ana dpt balasan pd mlm hari... sungguh seram dn menakutkn jika dpt mainan tdo dr syaitan.. tp sesungguhnye ana bersyukur coz ana dpt peringatan awl2 sblm ana trus hanyut di buai arus duniawi...
hhrrmmm... baru2 ni ana ad bace stu artikel... nk kongsi la kt sini... sbg panduan hidup..
25 pesanan Luqmanul Hakim
01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.
02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.
03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.
04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.
05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.
07 – Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.
08 – Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.
09 – Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.
10 – Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.
11 – Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.
12 – Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.
13 – Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.
14 – Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.
15 – Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.
16 – Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.
17 – Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.
18 – Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.
19 – Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.
20 – Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.
21 – Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.
22 – Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.
23 – Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.
24 – Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.
25 – Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.
wassalam...
Sunday, 2 January 2011
Dunia Barui
alhamdulillah, segala puji bg Allah yg tlah memberi kita rezeki x ptus2, juga kesyukuran yg tidak terhingga ats nikmat yg di berikn.... sedikit muhasabah wat diriku di tpt baru agr tidak terlampau seronok... jaga diri dn try ur best utk berdakwah jauh dari shabat2 jemaah.... thun baru tlah tiba, sem baru pun tlah tiba... byk perubahan yg brlaku pada diri ana...
dunia baru... yeaaayyy!!!! ana da dok umah sewa... x nk dok kolej, pnat nk kutip cop and ana nk fokus stdy... hehehehee [nk cover azam sem lepas yg x tercapai]... lg pun ana ad agenda bru hihiii rahsia.... so experience dok umah sewa?? so far no komen sbb bru je beberapa hari... just penat and byk blnja sbb nk bli tu la bli ni la....
ok rase smpi sini je kot... entri kali ni pendek je... sbb nk cepat... ad kelas sat gi...
muhasabah hari ni: Tuluskan tauhid anda untuk Allah agar hati terbuka. Sejernih mana tauhid anda dan sebersih mana keikhlasan anda maka sejernih dan sebersih itu pulalah kebahagiaan anda :-)
wassalam