Penyejuk Jiwa

Sunday, 31 October 2010

bencana Indon


apkah petanda akher zaman makin dekat...

klu kita perhatikn sejarah bencana dunia... Malaysia bleh la dikatakn ngra yg selamat... knp yer?? ngra di sekeliling malaysia sentiasa ad bncana.. sbg cth bru2 ni gunung brapi meletop di yogyakarta myebabkn puluhan org meninggal dn neratus yg cedera... dikatakn letusan tersebut setinggi 3 500 meter... bayangknla langit ketika itu gelap walhal hari masih siang... debu menguasai kwsn terdekat sehingga ke Johor, Mlysia...




x lama kemudian.. Indon di gemparkan dengan gempa bumi di barat Pagai Selatan menyebabkn tsunami setinggi 3 meter di beberapa kepulauan dn di catatkn ratusan terbunuh 200 hilang dn lain2 hilg tpt tinggal... penduduk marah dgn krjaan krn x bri amaran awal dn pihak krjaan bri alasan alt trsebut rosak.. bleh trima ke alasan tu?? utk lebih lanjut bleh klik : bencana indon



byk spekulasi yg timbul utk meleraikn kekusutan knp Indonesia x henti2 dr bencana... sama ad dr sudut saintifik atau geologi... tp klu kita lihat dr sudut rohaniah ap yg akn kita lihat?? renung2kn dn slamat beramal...

p/s : sdkt artikel dr utusan mgenai bncana indo

KAMI bukan sahaja dikejutkan dengan kejadian tsunami malah bot yang kami naiki berlanggar dengan bot lain dan kemudian terbakar.

“Dalam keadaan cemas itu kami sangat bernasib baik kerana masih selamat walaupun terpaksa berada di permukaan laut selama berjam-jam,” kata Rob Marino dari Australia, salah seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tsunami yang melanda kepulauan Mentawai, Isnin lepas.

Kejadian tsunami tersebut berlaku akibat gempa bumi berukuran 7.5 pada skala Richter dan berlaku 20 kilometer di bawah dasar laut.

Kejadian gempa itu yang berlaku kira-kira 78 kilometer ke barat Pagai Selatan di kepulauan Mentawai pada pukul 9.42, (10.42 malam waktu Malaysia) telah mencetuskan ombak tsunami setinggi tiga meter yang melanda perkampungan di beberapa buah pulau.

Kejadian gempa ini telah diikuti dengan sekurang-kurangnya 14 gegaran susulan dengan gempa terkuat pad 6.2 skala Richter.

Setakat ini sekurang-kurangnya lebih hampir 500 orang terbunuh sementara 200 lagi masih hilang manakala 200 rumah di 10 buah kampung dan sebuah resort pelancongan popular di kalangan peluncur ombak musnah akibat tsunami.

Menurut saksi, ombak besar telah menghempas bot nelayan dan rumah sebelum dihanyutkan sejauh setengah kilometer ke darat.

Pegawai pengurusan bencana, Harmensyah berkata, tsunami berlaku ketika berpuluh-puluh nelayan berada di laut dan mayat mereka ditemui terapung atau tersadai di pantai.

Pengasas SurfAid International, Dr. Dave Jenkins, pertubuhan kesihatan bukan berasas keuntungan yang mengendalikan pulau itu, menyatakan kemusnahan yang berlaku adalah lebih besar daripada apa yang dilaporkan.

Namun kali ini tindakan pantas telah berjaya mengawal keadaan dari menjadi lebih teruk. Kapal-kapal tentera laut yang sarat dengan ubat-ubatan dan makanan serta helikopter yang membawa pasukan penyelamat telah bergegas ke rangkaian pulau tersebut.

Bagaimanapun ombak bergelora dan cuaca buruk menjejaskan operasi menyelamat, memaksa penduduk kampung mengusahakan perkara keperluan secara sendiri selama hampir dua hari.

Menurut ketua daerah Edison Saleho, disebabkan tidak cukup orang untuk menggali kubur, mayat-mayat mangsa masih bergelimpangan di pantai dan jalan raya manakala nelayan turun ke laut untuk mencari mangsa terselamat.

Harmensyah memberitahu terdapat mayat-mayat mangsa ditemui dalam keadaan bengkak akibat lama ditinggalkan di pantai dan sekitar perairan rangkaian kepulauan Mentawai.

Pegawai bencana pula gagal memasuki kampung-kampung di kepulauan Mentawai, destinasi popular peluncur ombak yang biasanya memakan masa 12 jam perjalanan menggunakan bot.

Selain itu timbul kemarahan orang ramai yang berang berikutan kegagalan sistem amaran awal tsunami berfungsi.

Sistem berkenaan yang bernilai berjuta-juta dolar dan dipasang selepas tragedi tsunami 2004, rosak sebulan yang lalu akibat tidak diselenggara dengan betul.

Meletus

Lebih malang lagi setelah menyaksikan beberapa ramalan dilakukan, akhirnya Gunung Merapi yang menyimpan 1001 misteri akhirnya meletu pada Selasa lepas.

Gunung Merapi yang terletak di Daerah Sleman, Yogyakarta, memulakan letusan pertamanya hanya kira-kira selepas senja.

Sebelum itu gunung berkenaan dilihat mengeluarkan bunyi berderam-derum dan berkeriut selama beberapa jam.

Dua hari kemudian letusan sama berulang, kali kedua dalam tempoh dua hari. Letusan kali ini lebih dahsyat kerana debu panas dihambur lebih tinggi sehingga 3,500 meter.

Setakat ini lebih 30 terbunuh dengan kebanyakan dari mereka melecur 45 hingga 90 peratus dan dilitupi debu gunung berapi.

Hanya dalam tempoh seminggu, dua bencana besar melanda Indonesia, sebuah negara yang sering saja mengejutkan dunia dengan kejadian alam yang menggemparkan.

Ada saja bencana besar yang melanda sama ada tsunami, gempa bumi atau letusan gunung berapi berlaku saban tahun mungkin sebagai dugaan dan ujian dari tuhan terhadap penduduknya.

Pastinya semua kita masih teringat bagaimana ngerinya kejadian tsunami yang melanda Aceh dan mengorbankan ratusan ribu nyawa dan memusnahkan sama sekali bandarnya.

Namun hakikatnya kejadian letusan Gunung Merapi ini merupakan hanya sekelumit kejadian alam memandangkan terdapat 129 gunung berapi yang aktif bertaburan merentasi 17,500 buah pulau di republik ini.

Gunung Merapi setinggi 2,914 meter yang terletak 400 kilometer di timur Jakarta, adalah gunung berapi paling aktif daripada 69 gunung berapi yang mempunyai sejarah letusan di Indonesia.

Semua gunung ini mudah meletus serta dilanda gempa bumi kerana lokasinya yang terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Letusan kali terakhir Gunung Merapi pada Jun 2006 mengorbankan dua orang namun letupan paling banyak meragut nyawa berlaku pada 1930 dengan angka kematian melebihi 1,300 orang.

Bagaimanapun hasil tindakan pantas pihak berkuasa telah menyelamatkan banyak nyawa apabila mengarahkan beribu-ribu penduduk berpindah dari zon bahaya dalam lingkungan 10 kilometer pada Isnin lalu, selepas meningkatkan paras amaran Gunung Merapi kepada merah.

Dikatakan hampir 29,000 orang kini berada di tempat perlindungan sementara di sekitar bandar Yogyakarta namun nasib beribu-ribu lagi penduduk yang enggan berganjak sangat dikhuatiri.

"Kira-kira 6,000 hingga 7,000 penduduk masih berada di kaki Gunung Merapi dalam lingkungan 10 kilometer dari puncak. Kebanyakannya tidak mengambil kisah tentang hal ini malah merasakan gunung berapi itu tidak akan meletus.

"Malah jika meletus sekalipun, mereka berpendapat kediaman mereka tidak akan terjejas," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana, Priyadi Kardono.

Menarik untuk diperkatakan di sini, selain Gunung Merapi, Indonesia juga mungkin menghadapi ancaman kemungkinan meledaknya beberapa gunung berapi lain seperti Sinabung di Pulau Sumatera dan Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda.

Thursday, 28 October 2010

Best.. tp x suke...



musim peperiksaan.. stdy2, tp knp diri ini mlas stdy?? hidup pnuh kekeliruan...
psanan utk diri sndri... buka buku, pegang pen.. dn stdy... bukannye buka laptop, pegang mouse.. dn lyn fb... ap nk jd???




bru2 ni adk ku yg kurg asam tu tlah brkongsi stu petua utk brjaya dgn haprak kt dunia ni..
trima kaseh byk2 hilmi.. tau la da hbs PMR.. jgn sibok nk kacau org lain je...


pas hbs je paper hr slase hr tu... niat di hati nk relax hbs2... hihiii, pastu tringat pulak adk2 swk....huhuuu sedey pulak.... tringat stp adk2 smbil baring ats katil.. mghadap siling konkrt brwrna putih... tibe2 teringat "human centipede", ap tu?? movie yg uly nk tgk sgt pas fara, fyq n zila beria-ria citer kt kitaorg btapa hebatnye doktor giler tu.... prasaan ingin tahu membuak2 bgitu tinggi skali... lntas ana membuka laptop ingin melihat citer trsebut.. brbekalkn keberanian dalaman diri, ana menekan "mute" di volume utk mngelakkan kejadian yg x diingini brlaku... alhamdulillah ana hbs tgk movie trsebut dlm mase 15 mnt je... hampeh tol la zila n da geng ni, citer mcm tu gak diorg tgk.... hiissyyy x senonoh..

maka utk mghilangkn ingatan trhadap movie trsebut.. ana membuka stu file drama yg brtajuk "Il Ji Mae"... citer yg menarik... plot jalan citer yg sgt best... suka, duka, tawa, sedih... sgt realistik.. tetapi malangnye ending yg bgitu hampeh tlah mybabkn ana skit hati... tp bleh la nk bg 4 bntg.. hehheee... citer action mestila ana suke.... jiwang2 ni x main la.. wat hbs air mate je...
dlm drama ni, membuatkan kite brfikir mcm mane bleh jd mcm ni.. jd mcm tu.... tp, bukannye mgjar cara nk mencuri k... lee jun ki sgt hensem dlm cite ni.. cume rmbut dia skit serabai.... sape yg x minat sejarah di rekemenkn tgk citer ni.. hiiii...




kata- kata bernas hari ni : Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap PerkaraYang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

wassalam....


Sunday, 24 October 2010

kenangan terindah



aku yang lemah tanpamu
aku yang rentan karena
cinta yang tlah hilang darimu
yang mampu menyanjungku

selama mata terbuka
sampai jantung tak berdetak
selama itu pun
aku mampu tuk mengenangmu

darimu
kutemukan hidupku
bagiku
kau lah cinta sejati


bila yang tertulis untukku
adalah yang terbaik untukmu
kan kujadikan kau kenangan
yang terindah dalam hidupku
namun takkan mudah bagiku
meninggalkan jejak hidupku
yang tlah terukir abadi
sebagai kenangan yang terindah


stu prjlanan hidup di srwk slama 7 hri 6 mlm... rase mcm skjap sgt.. pejam celik da nk exam... walaupun dok dllm blik je.. x jln2 pun pusing2 kuching ( mklum la stdy week katakn, knala stdy) tp kngn tu la sgt brharga.. hihihiii... bila kenang blik ingt kn nk wat surprise mase dtg sana... memg sgt surprise sbb smpi2 je ad bdk histeria... excited kot....

klu tgk senikata lirik lgu ni memg x de kaitan lgsung dgn ukhwah, mcm org frust brcinta... tp ana amik gak sbb tjuk dia kngn trindah n part corus tu la yg best n ad meaning....

ap2 pun harp kite sume dpt jmpa lg...

wassalam..

Sunday, 25 July 2010

Sedey + Dilemma



huuhuuhuhu...
sedih nye... ana suka layan drama, tp x dpt tgk on9, lembap n server dia x best.. huuhuhu
ni petandanye.. kene kurgkan layan tgk cite2 lagho ni...




mmm.. banyak lg kena perbaiki diri, weekend ni ad la yg plg dasyat skali.. mane x nya, ad xtvt kolej, klu x pg x dpt kupon, alamtnye dok luar la sem dpan, fakulti pun wat program... compulsary lg tu.. hhuhuhuhu
diorg amk attendance, terbaik dr hep diorg list out nama2 yg wajib siap no ic n no mtrix gak.. klu x pgi akn di kenekan tatatertib n x dpt kupon kemahiran insaniah.. 2 hr brturut2 dr pg smpi mlm... penat nye x terkata.. tp ana x pg pun
huhuhuuh bertambah sedey... lg brtambah serabut otak ni, bila asgment byk giler... bleh dikatakn stp subjek ad asgment.. huhuuu, hr isn kelas pack giler jam 8 am smpi 6 pm, hr selasa ad presentation... quiz pun tgh que up.. huhuhuhuhu....




bri la ku ruang untuk hidup.....
mm itu sume urursan dunia... keje2 dakwah?? tertinggal... Allahuakbar...
ap nk jd la dgn dr ku ini...
smoga ak trus berada dlm landasan iman ini..

Thursday, 8 July 2010

Menjelang Isra' Mikraj

Israk Mikraj: Pembebasan Al-Aqsa Dijanji Allah

“Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya ...” (Surah Al-Israk:1). (foto: Masjid Kubah Batu (Pelancaran Israk Mikraj) atau “Dome of the Rock” di tengah-tengah dataran luas Masjid Al-Aqsa, Jerusalem, Palestin).

Bulan Rejab kini menjelang lagi. Ia bulan Israk Mikraj. Ia bulan Masjidil Aqsa dan Palestin di bumi Syam, kerana tempat dan negeri yang berkat ini menjadi pilihan Allah swt sebagai tapak pelancaran kenderaan Buraq membawa Rasulullah saw ke langit pada malam 27 Rejab 620M. Di sini pernah didiami ramai para Rasul termasuk Nabi Ibrahim as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakub as, Nabi Yusof as, Masjid Al-Aqsa secara menyeluruh adalah disempadani tembok besar (lihat foto atas). Arah Kiblat atau tempat imam adalah di kubah berwarna hitam (kiri). Rasulullah saw dimikraj(naik)kan ke langit dari tapak batu di bawah kubah emas (di dalam Masjid Kubah Batu atau “Dome of the Rock”).

Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as, Nabi Zakaria as, Nabi Yahya as, Nabi Syuaib as, Nabi Musa as, Nabi Harun as dan Nabi Isa as. Semua mereka membawa aqidah Islam yang sahih lalu didustakan oleh kaum mereka. Di sini tempat bermulanya ajaran sesat Kristian dan Yahudi serta tempat mereka mengerjakan haji di beberapa lokaliti pada hari ini. Di sini tempat tuju Tentera Salib dalam Kurun 11 dan 12, melalui kempen perang suci mereka terhadap umat Islam. Di sini mereka ditewaskan oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada tahun 1188M di Ain Jalut. Di sini mereka mereka datang semula bila British dan Perancis berpakat bersama menjajah Syam (Lubnan, Syria, Jordan & Palestin) pada tahun 1917M. Di sini pada tahun 1947M, British menyerahkan bumi Palestin yang sedang dijajahnya untuk diratah kejam oleh Yahudi hingga ke saat ini. Atas nama persidangan PBB, Negara-negara Barat dan sekutunya mengundi dan menang majoriti untuk kelahiran sebuah negara baru bernama “Israel” pada tahun 1948M.

Presiden Palestin, Mahmud Abbas (Parti FATAH) di sisi Presiden Bush. Bermacam-macam pelan dan arahan Amerika dan Israel telah FATAH laksanakan untuk melemah dan menghapuskan HAMAS. Namun hingga ke hari ini, kesemua kepatuhan itu belum pernah memuaskan kehendak Kumpulan Quardret (4 negara – Amerika, Perancis, Inggeris dan Rusia).

Demi untuk menjamin keselamatan Israel dan mengukuhkan cengkaman ke atas Negara-negara Arab, Amerika membelanjakan berbillion dollar dalam kempen menjajah Iraq. Penguasaan lobi AIPAC (Badan Lobi Israel di Amerika) oleh anggota-anggotanya yang berpengaruh mencengkam Amerika dalam ekonomi, media dan kempen politik, teknologi maklumat, ketenteraan dan sebagainya sudah cukup kuat memaksa sesiapa sahaj calun presiden Amerika untuk menyatakan walak (kesetiaan) kepada Israel, jika calun tersebut bercita-cita untuk menang dan merasa tinggal di Rumah Putih, kediaman Presiden. Calun Republikan, Mc Cain berkempen dan berkata Amerika bersedia untuk terus menjajah Iraq 100 tahun lagi. Calun Demokrat, Barrack Obama sebaik sahajamengalahkan Hillary Clinton untuk menjadi calon Demokrat menentang Mc Cain, ketika dijemput berucap dalam sidang AIPAC berkata, “Jerusalem yang bersatu, akan terus menjadi ibu negara Israel”. Ketika ini bandar Jerusalem terbahagi dua, Jerusalem Barat milik Yahudi dan Jerusalem Timur majoritinya Islam tetapi kini dalam proses pengyahudian dengan pemusnahan banyak kampung Islam dan pembinaan taman perumahan Yahudi.

“The Photo of the Year” mendapat undi terbanyak dalam internet. Seorang jurufoto Perancis sempat merakam video di atas dan menyiarkan kekejaman Yahudi Israel ini di dalam internet. Mohd Durrah bersama ayahnya sedang berjalan. Tiba-tiba askar Yahudi menembak membabi buta. Si ayah menarik anak ke belakang tong untuk berlindung, melambai-lambai tangan, sambil berteriak, “Jangan tembak”. Si anak sangat ketakutan. Tiba-tiba muntahan peluru menembusi tubuh Mohd Durrah lalu dia menghembuskan nafas terakhir di pangkuan ayahnya. Si ayah tidak tahan menerima kenyataan kematian anaknya lalu pengsan dalam keadaan duduk meribai mayat anak kesayangannya.

“Mereka merancang. Allah (juga) merancang. Allah adalah sebaik-baik perancang” (Al-Anfaal). Lama sebelum British dan Yahudi menjajah Palestin, Allah swt mengIsrak(gerak)kan hambaNya pada malam 27 Rejab 620M, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Rasulullah saw mengimami rasul-rasul dalam solat di Masjidil Aqsa, kemudian diMikrajkan ke langit. Nabi saw menolak arak dan memilih susu. Ini memberi isyarat kepada semua umat di dunia hari ini dan akan datang termasuk musuh-musuh Allah dan umat Islam bahawa jika rasul-rasul yang memimpin mereka sendiri sebelum ini telah menjadi makmum di belakang Nabi Muhammad saw, kamu juga suatu hari nanti akan menjadi makmum, dipimpin dan dibimbing oleh umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman nanti biar hebat mana kekuatan tentera dan teknologi kamu dan biar seangkuh mana sikap kamu terhadap umat Islam. Umat Islam yang hidup dengan ajaran fitrah seperti susu, suatu hari nanti akan mengalahkan, memimpin dan membimbing kamu wahai umat yang tenggelam dengan arak, ibu segala maksiat.

( Foto oleh NASA) Pernah di University of Melbourne saya hadiri satu ceramah seorang ahli sains Islam dari Mesir yang banyak berceramah di serata dunia, namanya Professor Zaghlul Najjar . Beliau telah mengislamkan ramai ahli saintis Barat dan Rusia melalui ceramah Sains Islam yang disampaikannya. Beliau bercerita setelah selesai menyampaikan satu ceramah, seorang angkasawan bertemu beliau dan menceritakan pengalamannya apabila sedang dia naik dan menembusi lapisan udarakasa dunia untuk masuk ke langit beliau terasa pandangannya seperti orang mabuk dan tubuh badannya berasa ganjil seperti terkena sihir. Kata Prof Zaghlul Najjar, “Subhanallah! Kata-katamu sama seperti ayat Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 15 bermaksud, ‘Jika Kami bukakan bagi mereka pintu-pintu dari langit, lalu mereka terus mikraj(naik) di langit tersebut, nescaya mereka akan berkata, ‘Pandangan-pandangan kami telah dimabukkan, bahkan sesungguhnya kami kaum yang terkena sihir’ “.

Sabda Rasulullah saw, “Tidak tiba Hari Kiamat sehinggalah orang Islam memerangi Yahudi dan orang Yahudi bersembunyi di belakang pokok dan batu. Lalu berkatalah pokok dan batu, ‘Wahai orang Islam, wahai hamba Allah, sesungguhnya di belakangku ini ada orang Yahudi (bersembunyi). Marilah sini dan bunuhlah dia. (Semua jenis pokok dan batu berkata demikian) melainkan Al-Gharqad, kerana ia adalah pokok Yahudi” (Hadis).

Sabda Rasulullah saw, “Akan terus menerus satu golongan dari umatku terang-terangan di atas kebenaran. Orang-orang yang jahat tidak dapat memudharatkan mereka sehingga datang ketentuan dari Allah, sedang mereka masih dalam prestasi sedemikian. Para Sahabat ra bertanya, ‘Dimanakah mereka ya Rasulullah ?’. Rasulullah saw menjawab, ‘Di Jerusalem dan di sekitar Jerusalem’ ” (Hadis).

Kemenangan umat Islam di bumi Israk Mikraj, Palestin mengalahkan Yahudi yang menjajah dan Kristian yang mendokong mereka adalah pasti dan dijanji Allah swt dan RasulNya. Syaratnya ialah umat Islam kembali menghayati Islam dan mencapai semula taraf “hamba Allah” seperti dalam hadis di atas “.. Wahai orang Islam, wahai hamba Allah …” yang diiktiraf bukan sahaja manusia yang lain tetapi diiktiraf pokok dan batu. Sebaliknya jika ramai umat hari ini dan kerajaan di negara mereka belum mencapai taraf “hamba Allah”, hanya sekadar “hamba nafsu”, “hamba kerusi”, “hamba duit dan harta”, “hamba iblis dan godaannya” dan apa sahaja hamba kepada selain Allah, maka tiada gunanya slogan dan persidangan isu Palestin di hotel dan dewan yang mewah, oleh mereka yang memiliki pangkat dan gelaran yang kosong, kertas dan ucapan yang tidak membawa kepada amal yang serius. Jika sikap dan keadaan ini berterusan, Allah akan menggantikan mereka dengan kaum yang lain yang tidak seperti mereka. “Sekiranya kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Kemudian mereka tidak seperti (perangai dan prestasi) kamu”. (Surah Muhammad:38). Sekian.


~rujukan INIJALANKU~

Wednesday, 7 July 2010

Dunia Baru


salammualaik...

brada di tmpat baru dgn suasana baru meletakkan azam baru...
study dan perjuangan.. Ya allah Kau bantu la aku dn beri aku kekuatan

Janji Diri:

1) dptkn dean award 1st sem



2) cri sahabat bru dlam perjuangan, lbih fokus dn low profile



3) jimat cermat guna duit yeerrr...



mm.... hrap hidup ku lbih teratur dn brsistematik...



Wednesday, 30 June 2010

Hati2 dgn tulisan anda

sedikit perkongsian....

ana rajin buka fb walaupun ana tau fb tu yahudi punye... tp kenape ye, still guna fb, kata kena boikot, jgn guna barangan yahudi n so on...kita kn pendkwah, kena jd cth kt org lain...itula antr kata2 yg di lemparkn pd ana... lain org lain pandgannye, tp stu je yg ana pegang, suma benda kt ats muka bumi ni adlah kotor...so dtg nye islam utk membersihkan....kata nk dkwah..
jadi, pd stu hri tu, ana bukalah fb..then nmpakla stu mesej ni..



Hati-hati !!Mulai sekarang jangan pernah menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa) di WALL, di Status, di Note atau saat mengupload apa saja,
karena secara otomatis anda akan langsung masuk ke fans page ini
...

TAPI JANGAN DI "LIKE" :


http://www.facebook.com/pages/Israel/108099562543414?v=stream&ref=ts

Coba lihat..!! Sudah banyak saudara kita yang masuk fans page itu...
Padahal mereka tak bermaksud untuk gabung..
Mungkin Anda juga termasuk dari mereka yang telah tergabung tanpa disengaja..
Waspada dan segera untuk keluar karena jumlah anggota mereka setiap jam bertambah,
jika kita menulis nama negara itu sesuai aslinya maka informasi itu akan direct ke page 15r43L dan dimonitor sama mereka disana,
semua postingan yg mengandung kata 15r43L ada disana juga


Sebarkan vm ini ke saudara2 kita yang lain..
Karena kita bukan pengikut the real terorist..

Saya melihat mungkin anggota grup ini yang wall/note//tautan yang masuk ke dalam fans page itu, hati-hati ya..


Jika ada antara anda yg secara tidak sengaja menuliskan kata2 yang 6 huruf yaitu I5Ra3L (tulisan biasa), maka ada telahpun berada dalam page itu...
cara terbaik utk menghilangkan nama anda dari page itu adalah dgn mencari semula kata2 I5Ra3L (tulisan biasa) dan delete post tersebut...
InsyaAllah namaa anda drpd page itu juga akan hilang... harap maklum...



hhmmm...ana pun pelik gak, ap benda ni...disebabkn sifat ingin tau ana pun click, astagfirullah alazim.. benda 1st skali ana nmpak nama ana dlam group ni...group ap?? group israel....



pening gak kepala ni..fikir, bila mase join group ni....cek skali lg, la...rupa2 nye stp perkataan yg ditulis nama penuh israel ni akn msuk secra automatiknye.... walaupun kita x join tp akn tertera d situ...hhuuhhu..pastu mrka declre kita ni kwan mrka...
nauzzubulilla jauhkan...

so sahabat2 sekalian..yg ad fb jgn taip israel tp gunakan 1sr43L utk mgelakkan kita terjoin group x munasabah ini...